Gyeongbokgung, istana Seoul yang paling gemilang


Istana Gyeongbok (Gyeongbokgung) yang bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana utama dinasti Joseon di Seoul.Dibina pada tahun 1395, tiga tahun selepas Dinasti Joseon diasaskan di Seoul oleh Yi Seong Gye (Raja Taejo) setelah menggulingkan kerajaan Goryeo. Kompleks istana Gyeongbok dibina di tempat yang strategik berlatarbelakangkan gunung Bugaksan dan menghadap gunung Namsan. Pada zaman moden ini, istana Gyeongkbok masih gah berdiri di tengah kotaraya Seoul menjadi inspirasi kegemilangan masa silam warga Korea Selatan.


Pavilion di tengah kolam yang menjadi tempat santap diraja


di sini anda boleh melihat upacara dan istiadat diraja Korea pada zaman dahulu dilakonkan pada skala sebenar



anda juga boleh mengenakan pakaian pengawal Korea pada zaman dulu secara percuma


peta kawasan Gyeongbokgung

Terdapat banyak sebab untuk melawat istana gyeongbok...mempelajari sejarah Korea, mengambil gambar pelancongan, artis melukis taman istana dan membaca sambil meneguk secawan kopi panas di hadapan kolam diraja dan menghayati suasana romantik bersama yang tersayang. Apa pun sebab anda melawat, pasti kepuasan yang akan wujud setiapkali melangkah masuk ke istana hebat ini. Jadi pastikan anda menyediakan masa unuk lawatan ke Gyeongbokgung jika melancong ke Seoul




Maklumat tambahan

-5 minit berjalan kaki dari pintu keluar no.5 Stesyen Gyeongbokgung, subway line 3
-Waktu dibuka : 9.00 am – 5.30 pm
-Harga tiket: 3000 won ( lebih kurang RM 10)
-Pemandu pelancong berbahasa inggeris 7disediakan
-Tutup pada setiap hari selasa



No comments:

Post a Comment